Thursday, October 13, 2011

15. Khasiat Buah Tin


      i.        Jika dimakan yang kering:                   
Akan terhindar dari bahan2 keracunan.  Melicinkan tekak dan dada.  Mencucikan hati dan jantung.  Membersihkan lendir2 yang terdapat di dalam usus2.
     ii.        Jika dimakan yang masih basah(segar): 
Menghilangkan penyakit buasir.  
 Jika dimakan bersama buah pala sekiranya sebelum terminum/termakan racum pembunuh akan terselamatlah(tawarlah racun).

14. Khasiat Buah Tamar


Menambahkan kesihatan hati, ianya mengandungi protin yang banyak dan berkhasiat tinggi.
Jika dimasak di dicampurkan dengan susu kambing @ lembu asli yang segar dapat mengubati penyakit medu(gestrik).

13. Khasiat Bawang Besar


      i.        Dapat membuka selera makan.
     ii.        Dapat menguatkan usus2 dan membersihkannya.
    iii.        Memperbanyakkan air mani, mencantikkan warna kulit dan membuang kahak.
Caranya:                                            
Hendaklah di makan secara mentah.
Air bawang besar jika dicampurkan dengan madu asli dapat menyembuhkan penyakit keputihan mata.
Caranya:                                           
Sapukannya ke kelopak mata.
Boleh melawaskan kencing, menyembuhkan penyakit kuning, melapangkan penyakit sesak dada.
Caranya:                                         
Memakannya secara dimasak.
Larangan:                                            
Dilarang memakan secara mentah berlebihan kerana ianya boleh membawa kepada :
      i.        Melemahkan daya penglihatan.
     ii.        Membawa kepada pelupa.
    iii.        Merosakkan akal.

12. Khasiat Buah Tembikai Dan Buah Tamar


Ianya dapat meredakan kepanasan di dalam badan, menghadamkan makanan.  Hendaklah dimakan kedua buah tersebut sebelum memakan makanan @ sarapan.

11. Khasiat Beras


Memasakkannya dengan menggunakan susu lembu asli bagi menggantikan air.   
Nasi tersebut boleh menambahkan air mani dan menguningkan warna kulit badan.

10. Khasiat Limau Nipis Hutan


      i.        Membantu menghadamkan makanan.
Caranya:                                                   
 Ambil kulitnya dan masukkan ke dalam makanan.
     ii.        Isinya boleh menyejukkan perjalanan usus juga boleh mengubati penyakit buasir.
    iii.        Airnya boleh menghilangkan rasa dahaga, menghilangkan penyakit kuning, membuka selera makan, dan menguatkan ususs.  Dapat menghilangkan kesan kekotoran dakwat, darah dan sebagainya yang melekat pada kain, juga dapat meredakan kepanasan hati.
   iv.        Bijinya dapat menghapuskan racun berbisa.
Caranya:                                               
 Tumbuk sehingga hancur dan ambil airnya lalu masukkan ke dalam air suam sekadar 2 sudu besar dan diminum.  Juga dapat menghilangkan bisa sengat kala jenking, lipan dan sebagainya.